Kisah Hidupmu, Cerita Hidupku

Jatuh Cinta dengan Teman Rapat

Artikel terkait : Jatuh Cinta dengan Teman Rapat

Jatuh Cinta dengan Teman Rapat

Pengirim : Nana Aziz
nananamot@yahoo.com

            Kisahnya bermula apabila aku memasuki universiti, minggu pertama aku dikuliah aku demam teruk sehinggakan aku dapat MC selama 2 minggu. Selama 2 minggu aku hanya berehat dirumah kerana badanku begitu lemah. Apabila MC aku telah tamat, aku balik semula ke kolej. Nak dijadikan cerita rumah aku hanya la jarak 10km dari universiti. selama 2 minggu aku bercuti kelas telah berjalan seperti biasa, seperti biasa setiap kelas mempunyai kerja kumpulan dan kebanyakan mereka sudah mempunyai kumpulan, aku yang baru naik sibuk mencari kumpulan yang sudi menerimaku, namun malangnya kebanyakan kumpulan sudah cukup ahlinya. aku dengan tiada pilihan terpaksa kumpulan yang dimana kesemua ahlinya lelaki. Namun bagiku tiada masalah sangat kerana bekerja dengan lelaki lagi mudah. sepanjang sem itu aku akan berhubung dengan sidia untuk menghantar, bertanya info dan kerja2 kumpulan. disebabkan jarak rumahku dengan universiti tidak jauh, aku selalu pulang kerumah dan sebab itu juga aku tidak mempunyai teman rapat di universiti. masuk sem yang setereusnya, aku ymasih lagi sendiri, lama-kelamaan jejaka yang aku selalu berhubung untuk info kelas semakin rapat denganku. kami akan kekelas bersama. aku mempunyai kuda kecil (kelisa) yang akan menghantar aku kemana saja. semakin lama kami semakin rapat, dan semakin lama aku semakin mementingkannya dari yang lain termasuk lelaki-lelaki yang ingin berkenalan dengan ku. aku selesa menceritakan masalah ku sehingga la masalah peribadi. lama kelamaan keluarga makin kenal antara satu sama lain. aku semakin saying kepadanya. namun persoalannya yang mana lagi penting "sahabat atau cinta"

Jatuh Cinta dengan Teman Rapat
Jatuh Cinta dengan Teman Rapat

Artikel Kisah Cerita Lainnya :

Copyright © 2015 Kisah Cerita | Design by Bamz